Wednesday 16 January 2013

Hukum menangkap gambar



Assalamualaikum..

Ha.. nak tanya nih ! sapa nak jadik photographer? Angkat tangan ! Kaki pun boleyy. Ramai kan nak jadi jurukamera. Saya admit , saya pun begitu jugee . hihihihi… berangan boley lah kan. Mane reti ~ pegang camera dslr pun orang dah gelak terbahak-bahak. Inikan pula nak tangkap shot yang double WOW ! haha. Ishk3, tapi tak mustahilkan..

Okey, tau dak hukum tangkap gambar? Meh share-share sini, setelah search-search bagai, saya jumpe nih..

1)HARAM - digunakan untuk FITNAH, atau MAKSIAT. Cth : berdua-duaan lelaki dan perempuan, gambar seksi , porno dan yang sewaktu dengannye lah.
2)HARUS – menangkap  AKTIVITI JEMAAH. Cth : rehlah , program dan sebagainya.
3)WAJIB – untuk dijadikan bahan BUKTI. Cth : kes bunuh dan jenayah lain2

Nak jelas lagi ? okey nahh,

1. Apa hukum fotografi?
Hukum asal bagi gambar fotografi adalah diharuskan selagimana tidak terdapat unsur-unsur yang diharamkan dalam syariat Islam seperti untuk mengagungkannya. Pengagungan ini sama ada kerana agama atau dunia. Lebih-lebih lagi yang diagungkan itu adalah orang-orang kafir dan fasik dan artis-artis yang melampau. 

2. Apa hukum mengambil gambar model yang tidak menutup aurat?
Haram samada model lelaki, wanita ataupun khunsa. Apatah lagi jika gambar yang diambil adalah gambar bogel.

3. Apa hukum menyebarkan gambar yang tidak menutup aurat untuk tatapan orang lain?
Setiap yang haram dilihat maka haram juga diperlihatkan kepada orang lain. Maka, haram menyebarkannya samada di internet, majalah, akhbar dan lain-lain. Selama mana gambar-gambar tersebut belum didelete, maka selama itulah fotografer mendapat saham dosa. Termasuklah model gambar tersebut.

4. Halalkah rezeki yang saya perolehi hasil upah mengambil gambar pengantin atau model yang tidak menutup aurat?
Tidak halal. Mengikut kaedah fiqh, yang haram penggunaannya, haram pula memperolehnya. Contoh lain, jika minum arak itu haram, haram juga kita menjualnya walaupun kita tidak minum arak. Permintaan pelanggan bukanlah alasan untuk mengharuskan yang haram.

5. Apa hukum mengambil gambar pre-wedding?
Foto pra-perkahwinan pasangan pengantin baru Islam yang merakamkan aksi intim sebelum majlis akad nikah, dikategorikan sebagai budaya haram di sisi Islam. Yang menjadi isu ialah sentuhan antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin adalah haram kerana pasangan itu bukan muhrim kerana mereka belum sah dinikahkan.

6. Bagaimana dengan gambar pengantin yang sudah sah berkahwin berposing dan berpelukan?
Walaupun sudah sah sebagai suami isteri, itu tidak bermakna harus bercumbu-cumbuan, berkepit dan berposing secara berlebihan di atas katil untuk tatapan umum . Tidak salah berposing dengan mesra. Tapi jagalah batasannya agar tidak terlalu over dan boleh membangkitkan shahwat orang yang melihatnya.

7. Saya hanya ingin berkarya. Saya hanya perlukan kritikan terhadap hasil karya tersebut.
Kembali kepada Islam samada kita ini fotografer, model ataupun siapa saja. Tunjukkan kepada orang lain bahawa gambar yang cantik tak semestinya model yang tidak menutup aurat atau yang haram dilihat. Islam tidak menghalang fotografi cuma kita perlu mengawalnya sahaja agar tidak melampaui garis panduan agama.

Kesimpulannya , ada sesiapa yang masih berkeras nak jadi PHOTOGRAPHER? Errrkk , silakanlah.. tak ada sesape nak marah pun tapi ingat yee.. bia bepada-pada dan tak melanggar hukum. Biarlah apa yang kita buat tu dapat ganjaran yang tak ternilai iaitu PAHALA.
insyaALLAH .

p/s : letak gambar artis perempuan yang tidak menutup aurat even non-muslim adalah haram kerana mempamerkan aurat mereka. Baru tau, selama nih asek tukar gambar facebook artis omputih . hmm, let change together! Okeyy ?

last but not least, my edit :)

1 comment:

  1. ini dpt sumber hukum dari mana aik? kalu bole kena sertakan la siapa yg keluarkan hukum ne.

    ReplyDelete

SeSuKa HaTiLah

Sample Gadget 2