Assalamualaikum.. Yang baca tu jawab lekaih ! hihi J
Jangan hirau tajuk. Poyooo ~
Sebenarnya tak tau nak post ape ni, dah dekat 2
bulan tak post apa-apa. Dulu sebelum buat belog tergedik-gedik tiap hari
belajar cara buat belog. Ni dah tau (tau basic jeee pun!!) malas pulak nak
update. Bukan per, segan la nak syok sorang… Bukan orang nak baca pun :’( okeyy
sedih !
Hurm, cite pasal semalam la.. Dapat anugerah Sektor
Pendidikan Islam Negeri Perak atas pencapaian STPM lepas. Okeyy best jugak
dapat g sana , rasa VVVVIP gituu. Hahaaks , mau tak nye.. masuk je dewan duduk
kat meja makan terus. Pelbagai jenis makanan pulak tuh. Satey ada, mee ada,
kuewtiaw ada, roti jala, kuih muih bagai. *opss, cite makanan jangan ada yang
meleleh air liur kena laptop. Rosak t tak tanggung keyh ! huhuhuhu. Makan kasi
kenyang baru amik hadiah. Dah la duduk semeja dengan cikgu-cikgu dari merata
sekolah kat perak yang dapat anugerah jugak.. pelajar yang dapat hadiah pun
boleh kira pakai jari. Pergi sana, naik bas sekolah SMKA kerian, seronokla,
cikgu-cikgu yang pergi pun sporting layan saya sorang2 nie. haha. Senyap jeeee
>.<
Okey , nie yang dapat. Sijil sekali dengan frame
gold gitu. Haha. Disertakan dengan saguhati RM100. Jadilah kan. Syukur sangat. Getaq
lutut kot nak naik pentas.
Tapi yelahh. Kadang malu gak, result saya tak hebat mana pun. Just takat
okey maybe.. tapi dapat hadiah gini. Memang tak sangka. Hmm, kawan-kawan saya
kat kedah tu lagi letopss korang tau, diorang 4PA, masuk paper lagi. Anugerah
apa la diorang dapat eyhh ? -_-”
Ni bulan 7, result UPU pulak aihh ! takut , cuakk !
hadoihh la. Jika tak dapat yang ni lagi frust , mak abah dah mengharap sangat. Cemana
ehh? Cuma harap ada rezeki ALLAH tuliskan untuk saya. InsyaAllah, trust him :)
Okeng la, nak chow dulu. Nanti saya kembali ~ tata,
Assalamualaikum