Monday 18 March 2013

Result STPM 2012

Assalamualaikum :’) awak-awak yang tengah baca belog nie ( kalau ada ) . Arini nak update blog pasal siang tadi. Ok, setelah semua maklum , hari ni adalah hari yang menyeramkan buat semua pelajar STPM 2011/2012. Setelah penat lelah selama setahun setengah , haaaa.. sekarang la masa nak tau berbaloi ke tidak penat tuuu.

Dalam seminggu dua sebelum tau tarikh keputusan , banyak betul ura-ura tentang tarikh keluar STP nie. Bukan pakat semangat tapi pakat cuak belaka. Termasuklah den sekali. Huhuhu, pastu bile banyak sangat yang tak betulnye , saya  malas dah amik tau. Hanya tunggu dan tunggu sampai lah radio + tV + portal MPM + cikgu sahkan. Waktu tu tak rasa takut sangat , rasa biasa je. Still lagi boleh makan dan minum seperti biasa dan tidur pun menjadi lebih nyenyak. Apakah? Hahaha..

Masuk je ari ahad baru rasa seram sejuk sampai tak mampu buat ape. Tengah tengok tV pun terbayang-byang slip jadi ape. Pekasam kah? Hmm, tengah online pulak kwan-kwan duk ckp pasal result . whoa. Seram sungguh bakkk hang ~

Serius takutt amatlah! Waktu nak bertolak tu.. haishh, lagi la. Tak tenang duk dalam kereta tu. Dapat pulak kawan call bg tau result dia. Mula lah byang lagi slip cane jadinye kan. Sampai sekolah pun lambat ! orang dah mula majlis baru cari kerusi duduk. Haha. Makyah duk luar je sebab jaga anak saudara yang ikut sekali. (dia tuh taktau diam, merayau)

Kemudian dan kemudian , ustaz umum pasal keseluruhan subjek dan hanya 8 orang yang lulus semua. Takut waktu nie. Rasa nak tersenarai tuh susah la sebab siket je. Hmm, tkpe – tkpe. Cekalkan hati untuk terima apa sahaja ALLAH bagi.. nak salahkan siapa kan.

Tapi syukur ALHAMDULILLAH, saya tak pernah jangka pun semua nie, tapi dengan izinNYA , tiada apa yang mustahil.. :’)
This is my result.


Apa yang mampu saya katakan waktu ni hanya ucapan terima kasih kepada mereka yang berada di sekeliling saya. Im nothing without them. Terutamanya abah, SHEIK A. BAKAR bin SHEIK AHMAD & mak , NOR’ASHIKIN bt OSMAN, dan kawan-kwan yang sentiasa berkongsi ilmu , guru-guru yang tanpa penat lelah mgajar. 
Real punya result :’)


Mungkin hari ini rezeki saya dan mungkin hari esok , rezeki korang. Kalau nak dibandingkan saya dengan orang luar , saya ni kecikkk je. Kerdil je apa yang saya peroleh. Saya cuma berkongsi rasa gembira kerana mampu buat mak dan abah tersenyum dengan pencapaian saya yang tak seberapa nie. Kejayaan bukan terletak pada gred , pointer atau nombor, kejayaan tu ada pada diri masing-masing untuk menjayakannya. Semoga sama-sama Berjaya ke menara gading ! meneruskan perjalanan yang baru bermula… sekian. ASSALAMUALAIKUM.

No comments:

Post a Comment

SeSuKa HaTiLah

Sample Gadget 2